Powered By Blogger

Sunday, February 27, 2011

gonna miss u.. :')

Sunday, February 27, 2011
"Tuhan akan sentiasa menguji hamba-hamba Nya"

tu lah antara ayat dari salah seorang lecturer aku..yup.! Allah S.W.T akan selalu menguji hamba Nya..biarpun kita merasa kita tak mampu nak menghadapi dugaan dan cabaran yg diberi, tapi hakikat sebenar, semangat dan jiwa kita kuat utk melalui setiap ujian yg diberi oleh Yang Maha Kuasa..semua yang berlaku adalah di bawah kuasa Nya, dan setiap satu nya juga ada hikmah tersendiri..setiap yang hidup, pasti akan mati..tu lah satu2 nya hakikat yang kita tak boleh nak ubah...

sebelum ni, dlm salah satu entry aku,aku pernah mention yang permulaan tahun 2011 ini bukan sesuatu yang baik buat aku..satu demi satu Tuhan menguji aku..dan kali ini, adalah satu-satunya ujian yang maha hebat utk aku lalui..dlm keadaan belum bersedia dan diluar kawalan aku..

pada 21 Februari 2011, pukul 6.48 pagi, aku terima panggilan dari mak..memang aku dah jangka something was happened..agak pelik mak call awal2 pagi tnpa sebab, lagi2 bila dgr suara mak sgt2 tenang, tapi sedih..berita yang mak bagi, sgt2 merentap perasaan aku..dgn tenang mak ckp,"dila..bwk tenang kejap ya..mak nak ckp, nenek dah takda..sabar k syg.."..ekspresi pertama aku, aku terdiam dan tak terkata..Innalilah...

nenek meninggal jam 5.14 a.m, 21 Februari 2011 bersamaan 18 Rabiulawal 1432 Hijrah..

lepas mak bagitau tu, aku mmg tak tau nak ckp ape..aku berharap semua tu mimpi je..then, mak srh aku balik, tak kira sempat ke tak tgk nenek utk kali terakhir, aku mesti balik..Ya Allah...hanya Tuhan je tau perasaan aku time tu..aku menangis dan menangis dan menangis..sbb aku memang mimpikan nenek mlm tu..dia jadi sihat dan tersenyum gembira kat aku..Ya Allah..memang sebaliknya yang terjadi..aku tak expect pun akan jadi mcm ni, tp tu semua kuasa Tuhan..Allah lebih syg kan dia..lagipun, dgn keadaan dia yg semakin teruk, lebih baik dia pergi dari dia menanggung sakit..
time tu memang aku lost sgt2..tak tahu nak buat ape..benda pertama aku buat, aku mesej Fahmi..lps tu, mesej Najla..then call Fahmi terus, n bgtau ape dah jadi..kemas2 barang..mandi dan pakai baju kurung..aku dah tak peduli psl class or apa2 hal lain lagi..lepas tu, aku terduduk tepi katil..menangis lagi..hanta text kat Liza..then Najla nak tlg hantarkan aku ke airport..Fahmi srh aku klua mkn jap..dia teman aku minum pagi..aku takde selera..dlm kepala just nak sampai rumah time tu jugak..tp dia still paksa aku mkn..nnti tak psl2 aku plak yg sakit..thanks Fahmi coz care sgt2..like usual, he always be there whenever i need him..cuma ade time aku tak nak bagitau dia secara detail sbb aku dah byk sgt menyusahkan dia..jumpa Liza jugak kat cafe, aku mmg dah down sgt2 aku peluk dia terus..Ya Allah, sakit sgt2 rsa jiwa time tu..
dlm pukul 11 am, Najla, Kecik, Skin, n Yani pegi hantar aku ke airport..beli tiket time tu jugak kat airport..nak2 time tu aku memang pokai, just ade rm20 je dlm purse..dan time tu aku bersyukur sbb my classmate semua bg semangat dan membantu aku..Skin lend me some money, utk beli tiket flight..dan Najla plak blanja makan..dan Ilya (coursemate Liza) bagi pinjam kereta utk hantar aku ke airport..Ya Allah, terima kasih sgt2..time susah2 mcm ni, diorang ade kat sisi sgt2 memberi makna utk aku..hanya Tuhan yg mampu bls jasa diorang..

around 5 pm, aku smpai Kuching..Sel yang ambik aku kat airport..terus g kpg..smpai je kat rumah, terus peluk mak sambil nangis..Ya Allah...aku tak sempat tengok nenek aku utk kali terakhir..aku tak sempat nak cium dia utk kali terakhir...~

cepat sgt masa berlalu..aku ingat lagi, sehari sebelum aku fly utk mulakan semester baru kat Kuala Pilah ni, nenek dlm keadaan sihat..aku salam dia mntk restu nak g blaja jauh2 ni..dia pesan, study rajin2..time tu, dia sihat..alhamdulilah sgt2 sihat..sempat lagi aku mkn mskn dia..ayam kari..time tu aku baru sembuh dari chicken pox..
then, dah smpai Kuala Pilah, baru sehari aku mulakan kuliah, tghri 17 Januari 2011, mak call..mak bagitau nenek rebah tiba2 awal pagi tu..terus dihantar ke hospital..nenek kena serangan stroke..Ya Allah..aku dari jauh hanya mampu berdoa moga nenek cepat2 sihat..
2 minggu lepas tu, aku balik Kuching..cuti pertengahan semester..28 Januari 2011, aku balik Kuching..cuti seminggu tu memang aku luangkan masa utk jaga nenek..aku sempat bercakap ngan dia, biarpun dia tak bley nak bercakap sgt..aku bagi dia minum susu..dia minum guna tiub yg dimasukkan ke hidung sbb dia mmg tak bley nak menelan mknn lagi..bagi dia mkn ubat..bagi dia mandi, buat senaman kat dia, cuci segala berak kencing dia..sempat belai rambut dia, pegang tangan dia lama2, tgk mata dia, cium dahi dia..time jaga dia, memang aku dah rsa something wrong..seolah2 ade sesuatu akan terjadi..tp aku cuba tak nak fikir kan sgt..mungkin perasaan aku je..
dah semggu cuti, 5 Februari 2011, aku nak balik ke Pilah dah...before fly, aku salam nenek, aku cium dahi dia dan aku ckp yang aku nak balik Pilah..nenek genggam tgn aku sgt kuat time tu, dia tak nak lps..tp aku ckp kat dia,"nek..nnti dila balik lg k..nenek mesti cepat sembuh"..lps tu baru dia slow2 lpskan tgn aku..time tu pun aku berat hati nak pergi, tp aku harus jugak, demi msa dpn aku sndri..aku nangis, tp tak nak lah nangis dpn nenek..
right after flight aku depart time tu, nenek masuk hospital balik..Ya Allah..nenek..kenapa...? nenek dh ckp nenek nak cepat2 sembuh...aku dah tak leh nak patah balik, sbb dah landed kat airport KL..
aku terpaksa kuatkan semangat..demi nenek..doa byk2 moga nenek cepat sembuh..alhamdulilah lepas 2 3 hari, nenek dibenarkan pulang..
hari demi hari, aku ingatkn nenek memang dah makin okay..sbb dgr citer mak, nenek dah boleh gerak kan bdn cikit2..
rupa2nya, hari Ahad lepas, 20 Februari 2011, nenek dimasuk kan balik ke hospital..diorg tak nak bagitau aku sbb tak nak buat aku risau..
dan akhirnya, selepas satu bulan 4 hari nenek menahan sakit,nenek menemui Ilahi pada pagi 21 Februari 2011..
aku pulak, tak sempat tgk dia utk kali terakhir dan cium dahi dia..sbb dia dikuburkan tghri tu jugak, aku plak smpai Kuching lewat ptg..mungkin ade hikmah di sebalik semua tu..syukur sbb aku sempat jaga dia time dia sakit, sempat salam dia..
lepas ni, takde dah org nak msk mskan kegemaran aku..kalau aku teringin nak mkn ape2 je, nenek mesti akan masak kan utk aku..
lepas ni, takde dah org yg nak aku bwk g jln2 beli brg2 keperluan..takde dah nak dgr nenek berleter sbb rimas tgk gelagat kteorg sepupu sepapat nih..takde dah tmpt aku nak manja2..takde dah org yg nak aku lawat kat kpg..takde dah pelukan nenek time pagi2 raya..takde dah nak dgr nenek berceritera itu ini..semua dah takde...nenek dah pergi utk selama-lamanya..
nenek tak sempat nak tgk aku graduate..nenek tak sempat tgk aku genggam segulung ijazah nnti..nenek tak sempat nk tgk aku kahwin..dan aku pulak, tak sempat nak bwk nenek g menunaikan umrah & haji nnti..tak sempat nak sara nenek..tak sempat nak bagi nenek rasa mskn yg aku prnh blajar dr dia..
nenek dah takde..nenek dah pergi..nenek tak kan balik lagi.. :'((
moga roh nenek dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan di sisi org2 yg soleh dan beriman..amin..
Alfatihah buat nenek tersayang...
nenek akan sentiasa kekal dlm ingatan dan akan sentiasa dirindui..
harap nenek baik2 sja kat alam sana..amin yarabal alamin..
sayang nenek sangat2.. :'(((

2 comments:

Aleen Aiden said...

innalillah..semoga roh nenek kamoo dtempatkan d kalangan org yg beriman insyaAllah.sabar ye..

Diyla Jepri said...

amin...insyaAllah..thanks aleen.. =)